Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Kuarantin bukan penghalang kebahagiaan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Tiga orang pemenang telah diumumkan bagi pertandingan membuat video pendek Bella Ciao dalam versi Bahasa Melayu diadakan baru-baru ini.

    Menurut kenyataan dari Gorila.bn, dalam pertandingan tersebut, Awang Mohd Fakri Khairullah Ilham bin Masri menyandang gelaran juara setelah memperoleh markah tertinggi, menewaskan 13 peserta lainnya, dengan menampilkan video mengandungi unsur nasihat, pengajaran dan tauladan, khususnya kepada mereka yang disahkan positif COVID-19.

    Sementara itu, tempat kedua disandang oleh Dayang Amalina binti Haji Lamit dengan videonya yang mempamerkan aktiviti membuat kerja-kerja rumah dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Dayang Ibarina Iryani binti Masri dengan hasil video yang mempamerkan keriangan bersama anak-anak beliau walaupun ketika menjalani kuarantin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pertandingan tersebut bertujuan untuk memberi kesempatan kepada keluarga yang telah menjalani kuarantin di rumah terutamanya kepada individu yang telah disahkan positif COVID-19 agar mereka tidak tertekan dan sentiasa mempunyai aktiviti yang dapat menghibur serta mengisi masa lapang mereka. Antara tujuan lainnya adalah bagi meningkatkan usaha memupuk silaturahim antara adik-beradik, saudara mara dan keluarga.

    Di samping itu, pertandingan berkenaan hanya memerlukan mereka untuk menghantar hasil video yang dibuat melalui group WhatsApp sahaja, di mana keseluruhan ahli keluarga dapat menyaksikan video pendek tersebut. Walau bagaimanapun, pemarkahan dibuat oleh juri-juri yang bukan terdiri daripada ahli keluarga sendiri supaya pertandingan tersebut dapat dijalankan dengan sempurna.

    Awang Mohd Fakri Khairullah, antara pemenang pertandingan membuat video pendek yang telah diadakan baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...