Kuarantin kini hanya di pusat ditetapkan

KUALA LUMPUR, 21 JULAI – Mana-mana warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, perlu menjalani prosedur Kuarantin Wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan, bermula 24 Julai dan bukan lagi di rumah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di stesen kuarantin, sama ada di Institut Latihan Awam atau hotel, berdasarkan kos yang telah dipersetujui sebelum ini.

Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini, katanya, pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini. – Bernama