Kuarters kakitangan kesihatan Labuan siap 2023

LABUAN, 9 JULAI – Kuarters kakitangan penjagaan kesihatan Labuan berharga RM27.51 juta akan mula dibina tahun ini dan dijadualkan siap pada 2023.

Projek di kawasan berkeluasan 3.24 hektar di Membedai, Jalan Tanjung Teras, terletak dalam pekarangan kuarters Jabatan Kesihatan Labuan akan menyediakan persekitaran kediaman yang lebih kondusif dan selesa bagi pekerja penjagaan kesihatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kerajaan prihatin terhadap keperluan barisan hadapan untuk mempunyai kediaman berhampiran tempat kerja mereka. – Bernama