Kuasa dunia mahu selesaikan masalah keamanan Libya

BERLIN, 23 JUN – Kuasa-kuasa dunia berhimpun hari ini di Berlin untuk mendapatkan kedamaian yang berkekalan di Libya bagi memastikan negara utara Afrika yang dibelenggu konflik untuk kekal teguh berada dalam laluan menuju pilihan raya pada 24 Disember.

Wakil-wakil kerajaan sementara Libya akan menyertai Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken serta menteri-menteri luar Perancis dan Mesir di perbincangan yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Usaha untuk menamatkan keganasan selama sedekad di Libya akan menjadi pusingan kedua di Berlin, selepas yang pertama dihadiri oleh presiden Turki, Rusia dan Perancis pada Januari 2020, sebelum penularan pandemik. Menjelang perjumpaan, penganjur Menteri Luar Jerman, Heiko Maas mengingatkan para peserta untuk membuat ikrar pada 2020 untuk menamatkan kemelut antarabangsa bagi tentera luar atau pengunduran tentera.

“Mereka yang berikrar untuk mengundurkan tentera pada sebelum ini di Berlin masih belum menepati janji mereka,” kata Maas dalam temu bual bersama akhbar Die Welt.

“Tetapi bagi penduduk Libya untuk menentukan takdir negara mereka sekali lagi, tentera luar mesti mengundurkan diri. Perubahan kerajaan harus dilakukan dengan telus,” tegasnya.

PBB menganggarkan 20,000 pejuang luar dan tentera upahan masih berada di wilayah Libya. Dan kehadiran mereka dianggap sebagai ancaman kepada kerajaan perubahan yang disokong oleh PBB menuju pilihan raya.

Negara pengeluar minyak itu menjadi huru-hara selepas diktator Muammar Gaddafi digulingkan dan dibunuh pada 2011 semasa bantahan yang disokong NATO, menyebabkan dua pasukan tentera berebut mendapatkan kuasa. – AFP 

Menteri luar Jerman, Heiko Maas dan Setiausaha AS, Antony Blinken semasa menghadiri perhimpunan bagi membincangkan konflik peperangan yang berlaku di Libya.- AP