Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kuasa keluar lesen laut dalam buka peluang buat rakyat Sarawak

    KUCHING, 23 OGOS – Kuasa autonomi Sarawak dalam pengeluaran permit serta lesen perikanan laut dalam dapat membuka peluang lebih luas buat masyarakat tempatan menceburi bidang berkenaan.

    Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata aktiviti perikanan laut dalam sememangnya mempunyai potensi besar, terutamanya buat negeri seperti Sarawak yang kaya dengan hasil lautnya.

    Beliau berkata ketika ini kebanyakan aktiviti perikanan serta nelayan di Sarawak lebih tertumpu kepada penangkapan ikan di kawasan pinggir pantai.

    “Matlamat utama (kuasa pengeluaran lesen perikanan laut dalam) adalah untuk membantu dan memudahkan masyarakat tempatan kita menceburi sektor ini, Sarawak ini kaya dengan hasil lautnya,” katanya semasa berucap di Majlis Penyerahan Surat Empowerment (Penurunan Kuasa) kepada kerajaan negeri Sarawak bagi Pelesenan Perikanan Laut Dalam di sini, hari ini.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee.  – Bernama

    Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua, kiri) dan Datuk Seri Ronald Kiandee (tengah) menunjukkan kesegaran produk udang pada Majlis Penyerahan Surat Empowerment (Penurunan Kuasa) kepada kerajaan Negeri Sarawak bagi Perlesenan Perikanan Laut Dalam di Pusat Konvesyen Borneo Kuching (BCCK), kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...