Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Kuasai Bahasa Melayu standard sebaiknya

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Melestarikan dan memperkasakan Bahasa Melayu memerlukan sifat dedikasi, umpama menyerlahkan dan menguasai penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan benar dalam media massa serta persuratan Melayu.

    Penguasaan Bahasa Melayu baku atau standard perlu dikuasai sebaik mungkin sebagai bahasa ilmu yang bernilai intelek dan berupaya diketengahkan secara global.

    Perkara berkenaan ditekankan oleh Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab dalam ucapan alu-aluannya selaku pengerusi majlis pada Majlis Sambutan Bulan Bahasa, hari ini.

    Menurutnya, generasi penerus memainkan peranan besar dan sewajarnya memiliki semangat, jiwa besar serta keiltizaman yang tinggi supaya mampu menjadi perancang yang mempunyai perspektif dan sudut padang strategik dalam memastikan kedayatahanan dan kedaulatan Bahasa Melayu.

    Pada tahun ini sambutan diadakan secara hibrid, iaitu secara fizikal di Balai Sarmayuda, DBP, Berakas, manakala secara maya melalui aplikasi Zoom dan penstriman langsung menerusi media sosial Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Pada majlis itu, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Haji Nazmi bin Haji Mohamad hadir selaku tetamu kehormat majlis.

    Ikrar Bahasa dilaungkan oleh pegawai dan kakitangan DBP yang diketuai oleh penerima Anugerah Duta Bahasa 2015, Awang Irwan Rino bin Nordin.
    Awang Suip semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Bulan Bahasa kelmarin.

    Awang Suip seterusnya mengongsikan, tahun ini merupakan sambutan Bulan Bahasa yang ke-10 dan sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini, jabatan berkenaan akan terus berjuang memperkasakan Bahasa Melayu.

    Menurut kenyataan yang diberikan, antara objektif penganjuran Bulan Bahasa adalah untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan jati diri bangsa di samping memupuk rasa kepemilikan bersama terhadap Bahasa Melayu.

    Majlis diserikan dengan bacaan Ikrar Bahasa dilaungkan oleh pegawai dan kakitangan DBP yang diketuai oleh penerima Anugerah Duta Bahasa 2015, Awang Irwan Rino bin Nordin.

    Ia diikuti pelancaran empat buah buku baharu bertajuk ‘Dinamika Bahasa Melayu Jilid I’, ‘Istilah Kekerabatan Dialek Melayu Kedayan, Riak Bahasa Bil. 29’ dan ‘Buku Mini Bahasa Melayu Brunei Edisi ke-9’, yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

    Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan deklamasi sajak oleh Dayang Nur Faizah binti Mohamad Khairol Azmi, mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan sajak berjudul ‘Siapa Aku?’ nukilan Mataim Bakar.

    Manakala Syarahan Bahasa Melayu berjudul ‘Memperkasa Bahasa Melayu: Sebuah Perjuangan Abadi’ disampaikan oleh Dr Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid yang merupakan Elit Budaya. Pada majlis itu, penyampaian cenderamata dan hadiah kepada pemakalah syarahan Bahasa, Sayembara Penulisan Novelet, Peraduan Menulis Folklor Tujuh Puak, Peraduan Menulis Buku Bergambar dan Pendeklamator telah disempurnakan tetamu kehormat.

    Pemenang tempat pertama bagi Sayembara Penulisan Novelet, ialah Awang Pudamo bin Binchin dengan tajuk Puteri Kukachin manakala tempat pertama bagi Peraduan Menulis Folklor Tujuh Puak dimenangi oleh Hajah Armah binti Haji Bair dengan tajuk ‘Si Belalong dengan Naga’.

    Sementara itu, tempat pertama bagi peraduan menulis buku bergambar pula dimenangi oleh Awang Muhamad Norhadi bin Ibrahim dengan tajuk ‘Ziqri dan Si Tenggiling’.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...