Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Kubah Makam Diraja terus jadi tumpuan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Omar ‘Ali Saifuddien juga tidak ketinggalan menyemarakkan bulan Ramadan ini dengan mengadakan majlis bacaan Surah Yasin dan tahlil di Kubah Makam Diraja bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Hadir mengetuai rombongan ialah Penguasa Masjid Omar ‘Ali Saifuddien selaku Pengerusi AJK Takmir Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat.

    Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan tahlil yang dipimpin oleh Awang Mohamad Hasnal bin Haji Mohamad. Manakala itu. Doa Arwah dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Emran bin Haji Kunchang.

    Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti takmir dan keagamaan dalam bulan Ramadan selain untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan pegawai-pegawai masjid, AJK takmir dan para jemaah.

    Antara AJK Takmir Masjid Omar ‘Ali Saifuddien yang hadir pada majlis tahlil di Kubah Makam Diraja.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...