PUTRAJAYA, 28 Dis – Stesen Kuching, Sarawak mencatatkan jumlah hujan tahunan tertinggi pada tahun lepas dengan bacaan 5,423.0mm berbanding 4,545.5mm pada 2015, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Dalam kenyataan hari ini, jabatan itu berkata hujan tahunan terendah pada 2016 pula dicatatkan di stesen Temerloh, Pahang iaitu 1,397.8mm pada 2016 berbanding pada 2015 iaitu 1,193.2mm.
“Selain itu, Malaysia turut mengalami iklim panas dan lembap yang mana pada 2016, suhu terendah dicatatkan di stesen Cameron Highlands, Pahang iaitu 16.2 darjah Celsius (ºC) manakala suhu tertinggi dicatatkan di stesen Jerantut, Pahang (34.2ºC).
“Bacaan ini meningkat berbanding 2015 yang mana suhu terendah dicatatkan adalah 15.9ºC (Cameron Highlands) dan suhu tertinggi 33.8ºC (Temerloh),” katanya. – Bernama