Kuching sebagai hab umrah

KOTA SAMARAHAN, 30 SEPT – Kerajaan Sarawak akan berunding semula dengan sebuah syarikat penerbangan dari negara timur tengah bagi menjadikan Kuching sebagai hab umrah untuk rantau Borneo setelah redanya pandemik COVID-19.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini berkata kerajaan negeri menerusi Lembaga Pelancongan Sarawak telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat berkenaan, ATS Global Travel and Charter pada 31 Disember lepas.

“(Di bawah MoU itu), syarikat terbabit menyediakan penerbangan dari Kuching ke Kuwait dan seterusnya ke Jeddah ataupun Madinah mulai Mac tahun ini, tetapi usaha itu telah terbantut akibat COVID-19,” katanya kepada pemberita di sini. – Bernama