Kucing diuji positif COVID-19

LONDON, 27 JULAI – Seekor kucing peliharaan telah menjadi haiwan pertama di Britain yang disahkan dijangkiti koronavirus, kata pegawai kesihatan hari ini, menegaskan tidak adanya ‘bukti’ yang menunjukkan ia boleh menularkan penyakit itu.

Kes itu disahkan oleh ketua pegawai veterinar UK selepas ujian makmal dijalankan pada awal bulan ini di Surrey, London.

Pegawai berkata ‘semua bukti yang ada’ menunjukkan kucing itu mungkin dijangkiti penyakit tersebut daripada tuannya yang diuji positif COVID-19.

Satu kenyataan dari kementerian alam sekitar berkata ku-cing itu tidak menimbulkan risiko koronavirus.

“Walaupun ia merupakan kes pertama jangkitan haiwan dengan koronavirus di Britain, tidak adanya bukti yang mencadangkan haiwan mempunyai kaitan dalam penularan penyakit,” katanya.

Kucing itu pada mulanya didiagnosis oleh doktor haiwan swasta sebagai dijangkiti virus herpes kucing tetapi sampel seterusnya juga diuji COVID-19 dan terbukti positif.

Ketua Pegawai Veterinar Christine Middlemiss menggelarnya ‘kejadian amat jarang berlaku’, menambah tidak ada bukti yang mencadangkan haiwan peliharaan boleh menyebar virus kepada manusia.”

Walaupun ia adalah kes pertama seumpama itu di UK, terdapat juga laporan di tempat lain mengenai haiwan dijangkiti virus tersebut. – AFP