Thursday, April 24, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kucing misteri muncul di pelantar minyak

    5 tahunBANDAR SERI BEGAWAN, 4/5 Februari 2012 – Kakitangan yang bekerja di salah sebuah pelantar minyak Brunei Shell Petroleum luar pesisir, Ampa 6 (AP6) membuat penemuan mengejutkan di pelantar yang terletak 20 kilometer dari darat.

    Hamdi Adnan, seorang juruteknik elektrik BSP yang sedang melakukan kerja-kerja penyelanggaran di pelantar pada mulanya ternampak apa yang kelihatan seperti ekor yang melintasinya dari sudut matanya.

    Selepas melakukan siasatan bersama rakan sekerjanya, didapati adanya seekor kucing di kompleks tanpa penghuni itu.

    Tidak ada sesiapa mempercayai mereka pada mulanya apabila mereka melaporkan kepada pegawai atasan dan rakan sekerja mereka di pelantar Ampa 9 (AP9).

    Selepas meyakinan semua orang, kejadian itu dilaporkan kepada pegawai Kesihatan Awam Alam Sekitar Pusat Kesihatan Panaga BSP di mana mereka membawa pengangkut dan perangkap kucing ke AP6.

    m9 a (3)_110217

    Kucing yang ketakutan itu sukar ditangkap, bersembunyi di bawah kabin-porta di AP6, tetapi akhirnya berjaya ditangkap dengan perangkap. Ia seterusnya dihantar ke AP9 dan dibawa ke darat untuk diambil oleh pegawai kesihatan.

    Terdapat banyak teori melulu atau tidak berasas oleh penghuni AP9 berkenaan bagaimana kucing tersebut boleh berakhir di pelantar tanpa penghuni yang terletak 20km dari darat itu.

    Ada di antara mereka fikir ia berenang, terbang masuk dan ia adalah ‘kucing jadian’ dan penumpan gelap dalam kargo dari darat. Kakitangan juga tertanya-tanya apakan reaksi operator sekiranya mereka terjumpa kucing yang mengiau pada waktu malam.

    Ia bukan kali pertama kejadian pelik yang berlaku di luar pesisir, sebelum ini di padang Ampa, mereka telah menemui buaya yang sudah mati terapung di air, ular di jaket telaga, biawak benggala di kawasan bot mendarat dan sekarang buat pertama kalinya seekor kucing.

    Penemuan itu berakhir dengan kegembiraan kerana kucing itu telah selamat kembali di darat. Dan malah mereka juga telah memberikan nama kepada kucing tersebut, iaitu ‘Si Anam’.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda