Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Kucing terperangkap berjaya diselamatkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Tindakan tangkas dan cekap anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di atas sepohon pokok di Kampung Lumapas, Jalan Junjongan pada pagi 13 Jun lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, empat orang anggota dari Balai Bomba Sungai Kebun yang diketuai oleh ABK 235 Mohd Mahari bin Haji Sidup telah dikerahkan ke lokasi setelah menerima panggilan pada pukul 11:42 pagi.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak menurunkan kucing berkenaan dari atas pokok dengan menggunakan tangga double extension 10.5 meter.

    Seekor kucing yang terperangkap di atas sepohon pokok jati di Kampung Lumapas, Jalan Junjongan berjaya diselamatkan baru-baru ini.– Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...