Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    KUFC uji keserasian pemain

    KOTA BHARU, 29 JAN – Kelantan United FC (KUFC) akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan dua kelab dari Lembah Klang pada Selasa dan Khamis ini, sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Super yang dijadualkan berlangsung bermula 24 Februari nanti.

    Ketua Pegawai Operasi (COO) KUFC, Wan Mohd Zul Ikman berkata perlawanan persahabatan menentang KL City FC pada Selasa ini akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur dan aksi menentang PDRM FC, Khamis ini di Universiti Putra Malaysia, Serdang.

    “Dua perlawanan pada Selasa dan Khamis diatur bagi memastikan persediaan pasukan pada tahap maksimum menjelang sepak mula saingan sebenar Liga bulan depan.

    “KUFC memilih kedua-dua pasukan itu kerana memiliki pemain-pemain yang berkualiti selain corak permainan yang bagus,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

    Mengulas lanjut, Wan Mohd Zul berkata kedua-dua perlawanan itu juga akan menjadi platform kepada Ketua Jurulatih Tomas Trucha memantapkan pasukan dari aspek permainan, kombinasi pemain serta menyesuaikan pemain dengan taktikal pasukan.

    “Perlawanan ini membolehkan barisan kejurulatihan menyediakan pasukan dengan sebaik mungkin bagi menghadapi Liga Super musim ini.

    “Keputusan kedua-dua perlawanan itu tidak penting, apa yang lebih penting adalah menilai kesemua aspek terutamanya kemampuan pemain import KUFC untuk musim ini,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...