Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Kugiran Masdo bertemu peminat Singapura

    Sambutan hangat peminat Singapura menerusi konsert sebelum ini membuatkan kumpulan Kugiran Masdo yakin untuk kembali mengadakan persembahan di negara berkenaan.

    Dalam masa sama konsert Malam Pesta Rock n Roll yang dijadualkan pada 26 November ini juga sebagai mengubati kekecewaan peminat yang terlepas peluang hadir ke konsert mereka pada Mei lalu.

    Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur, konsert akan datang ini menjanjikan persembahan lebih hebat serta konsep baharu untuk hiburan peminat.

    “Sebelum ini Kugiran Masdo pernah mengadakan konsert solo pertama mereka di Singapura pada bulan Mei lalu. Tiket konsert tersebut laris dan terjual hanya dalam masa empat minit sahaja.

    “Ramai peminat yang meluahkan rasa kecewa kerana tidak berpeluang menyaksikan konsert pertama Masdo di Singapura disebabkan sambutan luar biasa ketika itu,” jelas kenyataan berkenaan.

    Masdo yang dianggotai oleh empat Azham, Putuceri, Ali Sariah dan Asmawi cukup popular dengan lagu-lagu seperti Bunga, Bercanda Di Malam Indah dan Dinda.

    Mereka juga pernah melancarkan lagu berjudul Janji Manis yang menjadi tular apabila digunakan sebagai muzik latar belakang platform media sosial.

    Konsert kali ini dianjurkan oleh SAH Enterprise dengan kerjasama Rumi The Poets Cup dan Vito Stage. – Agensi

    Masdo janji persembahan lebih hebat di Singapura. – Agensi
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    34 paus mati terdampar di Tasmania

    SYDNEY, 1 DIS – Sekumpulan 34 ekor ikan paus pilot ditemukan mati terdampar di sebuah pantai di pulau Tasmania, Australia, menurut laporan media tempatan...