Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Kuil Thailand kosong selepas sami gagal ujian dadah

    BANGKOK, 29 NOV – Sebuah kuil Buddha di tengah Thailand telah ditinggalkan selepas semua saminya gagal dalam ujian dadah, kata seorang pegawai tempatan hari ini.

    Empat sami termasuk seorang ketua di sebuah kuil di daerah Bung Sam Phan wilayah Phetchabun didapati positif dadah jenis methamphetamine kelmarin, kata Pegawai Daerah Boonlert Thintapthai kepada AFP.

    Para sami telah dihantar ke klinik kesihatan untuk menjalani pemulihan dadah, kata pegawai itu. “Kuil yang dipenuhi dengan sami telah pun kosong dan penduduk kampung berhampiran bimbang bahawa mereka tidak boleh membuat sebarang penyembahan,” katanya.

    Penyembahan tersebut melibatkan penyembah mendermakan makanan kepada sami sebagai perbuatan baik. Boonlert berkata lebih ramai sami akan dihantar ke kuil untuk membolehkan penduduk kampung mengamalkan kewajipan agama mereka.

    Thailand merupakan negara transit utama dadah methamphetamine yang membanjiri dari negeri Shan yang bermasalah di Myanmar melalui Laos, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah.

    Di kaki lima, pil dijual kurang daripada 20 baht (sekitar AS$0.50). Pihak berkuasa di seluruh Asia Tenggara telah membuat rampasan dadah besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...