Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kuiz interaktif terima sambutan menggalakkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Aktiviti Kuiz Interaktif: Mengalinga Sejarah Brunei sempena Pesta Buku Brunei (PBB) 2022 yang diadakan di Pentas Kegiatan, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rombongan murid-murid sekolah dan orang ramai.

    Pentas Kegiatan mula dibanjiri oleh murid-murid sekolah agama dan pengunjung sejak pukul 2 petang yang mana kuiz berkenaan dibukakan kepada pengunjung pesta buku tersebut.

    Semasa tinjauan media ke pesta buku itu, rata-rata murid tidak melepaskan peluang untuk menyertai kuiz interaktif mengenai sejarah Brunei.

    Awang Syafiq Asyraf bin Haji Aziz, murid Darjah 4 di Sekolah Ugama Lambak Kanan semasa ditemui berkongsi perasaan teruja mengunjungi pesta buku.

    Bertepatan dengan kuiz interaktif mengenai sejarah Brunei yang dibukakan untuk penyertaan pengunjung, beliau mengambil peluang untuk mencuba nasib dan melihat sejauh mana buku-buku yang dibaca dapat menguji ingatannya, ujarnya.

    Menjadi salah seorang murid yang berjaya menjawab kuiz interaktif mengenai sejarah Brunei, Awang Syafiq Asyraf berkata, beliau mula meminati mengenai sejarah Brunei sejak setahun yang lalu dan sering mengunjungi perpustakaan untuk membaca lebih banyak buku-buku sejarah Brunei terutama mengenai raja-raja Brunei.

    Kuiz berkenaan julung kalinya diadakan oleh Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Penerbitan dan Pemasaran bagi memeriahkan pesta yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Salah seorang murid mencuba menjawab soalan semasa kuiz interaktif mengenai sejarah Brunei sempena Pesta Buku Brunei 2022.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...