Kukuh hubungan bersama pelanggan
Oleh Pg Fairol RMF BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mac – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Brunei Darussalam ke-35 tahun, Maju Motors Sdn Bhd telah menganjurkan acara perhimpunan konvoi pemilik kereta Volkswagen (VW), baru-baru ini. Perhimpunan itu bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama antara Maju Motors selaku pengedar tunggal kenderaan VW di negara ini bersama pelanggan mereka.

































