Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kukuh perpaduan dalam kerjasama pertahanan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam menghadiri Permukiman Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Resort Sokha Siem Reap di Siem Reap, Kemboja, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, di sini, turut menyertai delegasi tersebut ialah Setiausaha Tetap (Dasar, Kewangan dan Pentadbiran), Kolonel (B) Norsuriati binti Haji Sharbini sebagai ketua Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Pertahanan ASEAN (ADSOM) Negara Brunei Darussalam serta pegawai lain dari Kementerian Pertahanan.

    Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Pichey Sena Tea Banh selaku Pengerusi ADMM 2022 dengan mesyuarat melibatkan menteri-menteri pertahanan ASEAN dan wakil-wakil dengan pertukaran pandangan di bawah tema ‘Kerjasama Pertahanan untuk Mengukuhkan Perpaduan bagi Keselamatan Harmoni’.

    Dua mesyuarat tidak rasmi turut diadakan di samping Permukiman ADMM dengan Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-menteri Pertahanan ASEAN-Amerika Syarikat (AS) dipengerusikan bersama oleh TYT Samdech Pichey Sena Tea Banh dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd J. Austin III.

    Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-menteri Pertahanan ASEAN-India dipengerusikan bersama oleh TYT Samdech Pichey Sena Tea Banh dan Menteri Kesatuan, Kementerian Pertahanan India, Tuan Yang Terutama Shri Rajnath Singh.

    Mesyuarat dua hala juga diadakan antara Negara Brunei Darussalam dengan Kemboja.
    Permesyuaratan akan diteruskan esok dengan perlaksanaan ADMM-Plus ke-9.

    Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa menghadiri Permukiman ADMM di Kemboja, kelmarin. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...