Kukuh semangat kesukanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Pasangan regu Haji Abdul Aziz bin Haji Metahir dan Haslani bin Ismail muncul juara bagi perlawanan badminton antara pengguna-pengguna pagi Dewan Satenaga, Kampung Tanjung Bunut yang telah bermula sejak 8 November lalu hingga hari ini.

Pada perlawanan tersebut, pasangan regu Mohd Taib bin Alikhan dan Ade Al-Faisal bin Haji Kasim muncul di tempat kedua, sementara tempat ketiga dan keempat, masing-masing dimenangi oleh pasangan regu Awangku Abdul Qawi bin Pengiran Haji Zainal Ariffin dan Haji Salman bin Haji Husien, dan pasangan regu Hassan Din bin Haji Untong dan Haji Abdullah bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Abdul Wahid.

Manakala itu, Haji Abdullah muncul sebagai pemain terbaik dan regu terbaik pula jatuh kepada pasangan Zainudin bin Haji Tiga dan Haji Jofri bin Haji Saad. Kesemua pemenang berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai. Perlawanan telah dibahagikan kepada dua kumpulan, di mana setiap kumpulan mengandungi lapan regu dan dua regu terbaik akan mewakili setiap kumpulan untuk terus melangkah ke peringkat suku akhir.

Selain untuk menjamin ke arah hidup yang lebih sihat, perlawanan ini juga bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara para pemain.

Antara pemenang pada perlawanan tersebut.