Saturday, January 28, 2023
23.2 C
Brunei

-

Kukuhkan akar umbi bola sepak

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Seorang instruktor FIFA, Sam Schweingruber hari ini menekan bahawa perlunya program akar umbi yang kukuh bagi memperkembangkan bola sepak di Brunei Darussalam.

Bercakap di acara pembukaan bagi Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FIFA selama lima hari di NFABD House, beliau berkata bahawa kejayaan dalam akar umbi perlu dilihat dari pelbagai perspektif.

Kursus itu, yang diadakan secara tahunan dan termasuk bagi sesi-sesi teori dan praktikal, akan mengajar 20 orang peserta, terdiri daripada 15 lelaki dan lima wanita, mengenai falsafah akar umbi, asas kemahiran bola sepak, bagaimana menganjurkan kejohanan bola sepak, festival dan sebagainya. Kursus itu juga akan termasuk satu festival yang dianjurkan oleh para peserta pada hari Sabtu.

“Apabila orang memikirkan bola sepak, mereka memikirkan kemenangan, bersaing dan televisyen, tetapi tanpa akar umbi, anda tidak akan mendapat kualiti bola sepak yang orang ramai mahu saksikan,” kata Schweingruber.

“FIFA telah menganjurkan kursus-kursus akar umbi hampir di setiap negara dalam tempoh lapan atau sembilan tahun kebelakangan ini, jadi ini bukanlah satu konsep baru.

Sam Schweingruber ketika memberikan ucapannya bagi Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FIFA di NFABD House.
Sam Schweingruber ketika memberikan ucapannya bagi Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FIFA di NFABD House.
Antara para peserta yang akan mengikuti kursus akar umbi itu.
Antara para peserta yang akan mengikuti kursus akar umbi itu.

“Matlamat utama (kursus) adalah lebih banyak penyertaan dan lebih ramai kanak-kanak jatuh cinta dengan bola sepak.”

“Saya baru berada di sini selama sehari dan saya dalam proses memahami lebih banyak mengenai bola sepak Brunei, dan saya membuat pembacaan, mendengar, meneliti dan menilai situasi terkini bola sepak di Brunei, diharap dapat menemui menghasilkan sesuatu dan menyesuaikan pembelajaran serta kurikulum dengan persekitaran di sini. Malah saya sendiri sudah mempunyai beberapa idea.”

Kursus itu telah dirasmikan oleh Pengarah Teknikal NFABD, Yvon Avry, yang sebelum ini memang mempunyai pengalaman mengendalikan kursus-kursus seperti itu.

“Anda perlu tahu bahawa sebelum bekerja di NFABD, saya juga seorang instruktor bagi Kursus Akar Umbi FIFA ini, dan saya memberikan penuh perhatian bagi perkembangan bola sepak akar umbi dan belia, sebelum ini di seluruh dunia bersama FIFA, dan sekarang di sini, Brunei,” dalam ucapannya.

“Saya berharap anda akan mengambil beberapa inisiatif dan aktif dalam bola sepak akar umbi, memastikan lebih ramai kanak-kanak gembira bermain bola sepak.”

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -