Oleh Sim Y. H. & Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertitah menekankan perlunya bagi seluruh warga ABDB untuk memperkukuhkan benteng dalaman mereka supaya tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak diingini.
Pada masa yang sama, Baginda bertitah bahawa ABDB dalam memainkan tanggungjawab untuk memelihara keamanan dan kedaulatan negara, memikul tanggungjawab yang berat dan mencabar terutama dalam suasana persekitaran dunia tanpa sempadan.
“Ledakan teknologi juga turut membuahkan ancaman yang perlu dihadapi. Ancaman paling jelas pada masa ini ialah penularan pengaruh pihak tertentu di merata dunia yang menggunakan pelbagai cara untuk mempengaruhi masyarakat supaya bersimpati dan menyokong objektif mereka.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)