Kukuhkan ikatan kekeluargaan kumpulan Muslimah

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Kumpulan Biro Wanita Al Mudarrisah Kampung Sungai Buloh, Mukim Mentiri, baru-baru ini telah mengendalikan Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di rumah Pemangku Penghulu Mukim Mentiri, Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Ibrahim.

Majlis khatam berkenaan merupakan penutup bagi majlis membaca Al-Quran yang diadakan secara bergilir di rumah ahli-ahlinya.

Acara seumpama itu bertujuan bagi memeriahkan suasana kekeluargaan kumpulan berkenaan.

Majlis berkenaan juga diselajurkan dengan Majlis Tahlil dan Persembahan Zikir Marhaban serta disusuli dengan penyampaian sumbangan kepada guru pentasmik yang diserahkan oleh isteri Pemangku Penghulu Mukim Mentiri, Pengiran Hajah Dismani binti Pengiran Haji Metussin.

Antara yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran berkenaan. – Gambar serahan Kumpulan Biro Wanita Al Mudarrisah