Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kukuhkan ilmu menyelamat

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Seramai 26 pelajar Tahun 3 jurusan Diploma Sains Kesihatan (Paramedik), sesi 2019-2022 Universiti Brunei Darussalam berpeluang menambah ilmu pengetahuan berkaitan operasi menyelamat melalui Kursus Menyelamat, baru-baru ini.

    Kursus dikendalikan Unit Skuad Khas, Cawangan Operasi C, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) itu telah dihadiri oleh Pegawai Operasi, Pejabat Penolong Pengarah Operasi, ASER Mohd Harris bin Haji Mohd Zaini dan Stesen Komander Balai Bomba Rimba, Pemangku ASFR Haji Mohamad Nor bin Haji Ahad.

    Menurut JBP, semasa kursus tersebut para pelajar diberi tunjuk ajar mengenai kaedah-kaedah menyelamat termasuk High Angle Rescue, Water Rescue Activity dan Jungle Rescue Activity di mana aktiviti-aktiviti itu dilaksanakan di Balai Bomba Rimba dan di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar.

    Seorang pelajar diberikan tunjuk ajar mengenai kaedah-kaedah menyelamat semasa Kursus Menyelamat yang diadakan di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar.
    Seorang pelajar diberi tunjuk ajar kaedah menyelamat semasa kursus yang diadakan di Balai Bomba Rimba.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...