HANOI, 7 Mac – Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in mengulangi tekadnya untuk terus memperkukuhkan hubungan dengan ASEAN, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Beliau berkata Korea Selatan dan negara ASEAN akan terus memperluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, pengangkutan, tenaga dan lainnya.
“Langkah itu bertujuan meneruskan masa depan aman damai,” katanya dalam artikel yang ditulis menjelang lawatannya ke Brunei, Kemboja dan Malaysia minggu depan, diterbitkan Asia News Network. – Bernama

































