Wednesday, March 29, 2023
26.4 C
Brunei

-

Kuliah khas sentuh kecerdasan kalbu

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar telah menganjurkan kuliah khas yang bertajuk ‘Kecerdasan Kalbu’ di masjid berkenaan, kelmarin.

Kuliah khas itu telah disampaikan oleh Kaunselor Profesional Mejar (B) Rusli Bin Bujang yang menjelaskan kecerdasan kalbu itu adalah sebuah pemangkin perkongsian ilmu bertujuan untuk mencelikkan akal yang berharga mengenai potensi kalbu yang sebenarnya.

“Ini dilakukan dengan memerhatikan elemen keagamaan secara saksama dan memaknakan segenap segi peribadatan dengan cara yang berfaedah bermula dari dalam diri sendiri (kalbu),” tambahnya.

Kuliah khas itu turut dihadiri oleh penaung-penaung bersama MRSB, Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong dan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin serta jemaah masjid berkenaan.

Dato Seri Setia Haji Ali dan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan antara yang hadir pada majlis itu. – Gambar serahan MRSB
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -