Kulusevski selamatkan Juventus

MILAN, 26 OKT – Dejan Kulusevski diturunkan sebagai pemain gantian berjaya menyelamatkan satu mata buat juara Serie A, Juventus ketika menentang Hellas Verona di tempat sendiri.

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo masih tidak dapat ber-aksi, beliau masih dalam kua-rantin kerana COVID-19 dengan Juventus membuat persiapan untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Turin minggu depan.

“Kami perlu menunggu dan lihat pada separuh masa pertama, kami tidak agresif di bahagian tengah tapi tetap mempunyai peluang yang baik,” kata jurulatih Juventus, Andrea Pirlo.

Pemain gantian Andrea Favilli meletakkan Verona di hadapan selepas 60 minit perlawanan namun penyerang Sweden, Kulusevski menyamakan kedudukan 13 minit sebelum tamat

“Pada separuh masa kedua selepas gol dari pihak lawan, pemain mula menunjukkan tindak balas tapi kami sedikit lambat untuk kembali bangkit.

“Apabila anda bermain menentang Verona ia sukar bagi semua orang tetapi kami boleh melakukannya dengan baik.”

Pirlo berdepan dengan pelbagai masalah sebelum bertemu Barcelona, penyerang Leonardo Bonucci terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan paha manakala pemain veteran Giorgio Chiellini masih belum pulih. – AFP

Aksi penyerang Juventus, Dejan Kulusevski (tengah) ketika menjaringkan gol semasa perlawanan Serie A antara Juventus dan Verona di Stadium Allianz, Turin, semalam. – AFP