Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd telah melancarkan ciri-diri terbaharu aplikasi mudah alih Takaful Brunei Mobile iaitu My Rewards pada Majlis Pembukaan Pesta Pengguna ke-25 di Bridex, Jerudong, hari ini.
Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku pengerusi Takaful Brunei dan anak-anak syarikatnya, Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA) dan Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK).
Ciri baharu itu membolehkan pengguna berdaftar mengumpulkan dan menebus mata untuk pelbagai faedah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Takaful Brunei, ciri berkenaan membolehkan pengguna berdaftar untuk mengumpulkan mata melalui pelbagai saluran dan menebus mata berkenaan menerusi peniaga yang menyertainya, token-token diskaun produk malah menyumbangkan mata untuk amal. Selain itu, pengguna yang berdaftar juga dapat memperoleh mata hanya dengan mengambil bahagian dalam produk TBA atau TBK melalui aplikasi berkenaan dan juga melengkapkan kaji selidik yang tersedia di aplikasi dan rujukan semasa pendaftaran.
Token diskaun produk juga boleh ditebus untuk membolehkan pengguna berdaftar mendapatkan diskaun tambahan untuk pembaharuan atau penyertaan Takaful.
Lebih 10 token diskaun produk tersedia untuk dipilih oleh pengguna yang mana
Mata Ganjaran Takaful Brunei Mobile juga boleh ditebus pada peniaga yang mengambil bahagian dengan menawarkan promosi produk dan perkhidmatan dengan nilai yang sangat baik.
Selain itu, pengguna juga boleh pergi ke mana-mana peniaga yang menyertai pesta berkenaan dan mengimbas kod QR untuk menembus ganjaran yang ditawarkan.
