Kumpulan aktivis Korea Selatan berhimpun sokong gerakan BLM

SEOUL, 5 JUN – Sekumpulan aktivis Korea Selatan akan mengadakan perhimpunan pada hujung minggu ini sebagai menyokong gerakan Black Lives Matter (BLM), lapor agensi berita Yonhap.

Penganjur berkata pada Jumaat, mereka merancang untuk berkumpul di kawasan kejiranan Myeongdong di Seoul pada 4 petang Sabtu dan berarak menuju ke Cheonggye Stream.

“Ia sebagai lambang perpaduan kami dengan gerakan yang dibuat di Amerika Syarikat (AS) serta untuk memperingati kematian George Floyd,” kata seorang daripada penganjur, Shim Ji-hoon. – Bernama