Oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN 20 APRIL – Kumpulan Al-Ikhlas yang merangkumi bekas penuntut Sekolah Menengah Berakas tahun 1975 hingga 1979, telah mewakafkan enam set lengkap peralatan pengurusan jenazah kepada tiga buah masjid.
Masjid-masjid berkenaan ialah Masjid Perpindahan Lambak Kanan, Masjid Sufri Bolkiah Perpindahan Berakas dan Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Malik Kampung Tungku Katok.
Wakaf tersebut telah disampaikan oleh Haji Ranee bin Haji Othman dan Haji Muhammad Yasin bin Haji Tunggal kepada imam-imam masjid berkenaan.