Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan AmBank menang anugerah FX bank terbaik

    KUALA LUMPUR, 18 Sept – Kumpulan AmBank memenangi anugerah Best FX (tukaran asing) Terbaik bagi Institusi Korporat dan Kewangan buat kali keenam berturut-turut pada Anugerah Institusi Kewangan Terbaik Asia Tenggara Alpha ke-11 dan Anugerah Korporat 2017 ketujuh, yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

    Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata kumpulan itu bangga atas pencapaian itu dan akan terus komited untuk menyediakan penyelesaian kewangan untuk manfaat pelanggan.

    Ketua Bahagian Perbendaharaan dan Pasaran Kumpulan Jamzidi Khalid berkata tukaran asing akan terus menjadi bidang tumpuan utama, selari dengan aspirasi kumpulan itu untuk meningkatkan asas pendapatan.

    Anugerah tahunan Alpha 2017 dianjurkan oleh Alpha Southeast Asia, satu-satunya majalah pelaburan institusi yang memberi tumpuan kepada Asia Tenggara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda