Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kumpulan BMW catat peningkatan jualan BEV

    Oleh Syahmi Hassan

    MUNICH, 11 OKT – Kumpulan BMW telah menjual sejumlah 128,196 kenderaan elektrik sepenuhnya (BEV) bagi BMW dan MINI dalam tempoh sembilan bulan pertama 2022, lebih dua kali ganda jualan BEV dalam tempoh yang sama tahun lepas (meningkat 114.8 peratus).

    Dengan demikian, syarikat tersebut dapat menterjemahkan minat yang kukuh terhadap produk elektrik sepenuhnya kepada pertumbuhan yang teguh, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kumpulan BMW.

    Ahli Lembaga Pengurusan BMW AG yang bertanggungjawab untuk Pelanggan, Jenama, Jualan, Pieter Nota dipetik berkata, “Pertumbuhan dinamik model elektrik sepenuhnya kami mencerminkan bagaimana barisan elektrik Kumpulan BMW memenangi pelanggan, sementara kami terus bergerak ke hadapan dengan peralihan ke arah mobiliti elektrik.”

    Beliau menambah, dengan rangkaian produk yang menarik dan mampan merentas teknologi drivetrain dan prestasi operasi yang kukuh, mereka berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran jualan untuk 2022.

    Selepas setengah tahun pertama, di mana kekangan bekalan serta perang di Ukraine menyebabkan penurunan dalam penghantaran, jualan Kumpulan BMW untuk suku ketiga adalah setanding dengan tahun sebelumnya (-0.9%), dengan 587,795 kenderaan telah dijual.

    Peningkatan jualan kenderaan elektrik sepenuhnya bagi BMW dan MINI menunjukkan terdapat minat kukuh terhadap kenderaan berkenaan. – Gambar serahan Kumpulan BMW

    Antara Januari dan September, syarikat itu menghantar sejumlah 1,747,889 kenderaan BMW, MINI dan Rolls-Royce kepada pelanggan. Pada September, jualan Kumpulan BMW meningkat 6.6 peratus, dengan 210,543 kenderaan dihantar kepada pelanggan.

    Dengan rangkaian luas pro-duk berteknologi tinggi dan rangkaian pemacu inovatif, jenama BMW menjual sejumlah 517,689 kenderaan di seluruh dunia (-1.4%) pada suku ketiga.

    Selain kenderaan elektrik sepenuhnya, BMW 4 Series Gran Coupé, BMW 2 Series Active Tourer dan BMW X5 juga mendapat permintaan tinggi.

    Tahun ini hingga September, jenama BMW mampu mengekalkan kedudukan nombor satu dalam segmen automotif premium global.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...