Kumpulan Dikir Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah muncul juara

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 10 Feb – Kumpulan Dikir Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong muncul juara dalam Pertandingan Dikir Syarafil Anam (Dikir Brunei) bagi Muslimah-Muslimah Masjid Daerah Tutong yang diadakan di Masjid Kampung Penanjong, hari ini.

Manakala Kumpulan Muslimah Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel mendapat tempat kedua disusuli oleh Kumpulan As-Sakinah Muslimah Masjid Kampung Penanjong.

Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah isteri kepada pegawai Daerah Tutong, Dayang Lunayati binti Tuah.

Pertandingan tersebut merupakan anjuran Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Penanjong dan Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong khusus bagi muslimah-muslimah masjid Daerah Tutong bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW.

Pertandingan seumpama itu adalah sebagai usaha untuk menggalakkan para Muslimah masjid di dalam mempelajari dan menghalusi bacaan Dikir Syarafil Anam.

Juara Pertandingan Dikir Syarafil Anam bergambar ramai bersama hadiah masing-masing.