Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kumpulan Eka Sukma juara Pertandingan Sketsa

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Kumpulan Eka Sukma diumumkan sebagai juara Nyanyi-an Kanak-kanak Tradisi Brunei: Pertandingan Sketsa yang berlangsung di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Berakas, petang tadi.

    Lima buah kumpulan telah menyertai pertandingan berkenaan yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi yang menunjukkan kemampuan dan bakat mereka dalam mempersembahkan sketsa yang menarik lagi berkesan.

    Kumpulan Eka Sukma dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha muncul juara dengan membawakan sketsa bertajuk Saloi Oh Saloi.

    Sementara itu, Kumpulan Ala Dinamika dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) menduduki di tempat kedua dengan persembahan bertajuk Satu Sen dan Kumpulan Lentera juga dari UBD memenangi tempat ketiga dengan persembahan Tudung Periuk.

    Manakala itu, Kumpulan Anak Seni Watan dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) dan Kumpulan Pelangi Senja dari UBD menerima hadiah sagu hati.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan majlispenyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari.

    Pertandingan yang diungkayahkan oleh DBP melalui Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan tersebut merupakan salah satu pengisian kegiatan Festival Sastera dan Seni Budaya Melayu Brunei bersempena Sambutan Bulan Bahasa, dan diselajurkan dengan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2022. Penganjurannya sejajar dengan tema Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia pada tahun ini iaitu Masa Depan yang Lebih Baik untuk Setiap Kanak-kanak.

    Ia menjadi salah satu platform yang dapat memangkin masyarakat termasuk golongan kanak-kanak untuk memahami dan mendalami lagu kanak-kanak tradisi Brunei sekali gus sebagai bentuk usaha pelestarian dan seterusnya, pemeliharaan budaya warisan bangsa di negara ini.

    Di samping itu, pertandingan berkenaan juga adalah kesinambungan usaha daripada penerbitan buku Koleksi Irama dan Lagu O Kanak-Kanak.

    Hajah Nor Ashikin menyampaikan hadiah kepada Kumpulan Eka Sukma yang dinobatkan sebagai juara pertandingan berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...