Sunday, January 29, 2023
23 C
Brunei

-

Kumpulan iKON tinggalkan YG Entertainment

Kumpulan K-pop terkenal, iKON memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dengan pihak pengurusan YG Entertainment selepas tujuh tahun bersama.

Perkembangan itu sekali gus menandakan 2022 adalah tahun terakhir bagi iKON yang dianggotai Kim Jin Hwan, Bobby, Song Yun Hyeong, Koo Jun Hoe, Donghyuk dan Chanwoo bersama pengurusan tersebut.

“Setelah mengadakan perbincangan yang panjang dan penuh teliti, iKON dan pihak kami memutuskan untuk menamatkan kontrak serta menghormati pandangan antara satu sama lain.

“Kami mengucapkan terima kasih dan menyatakan penghargaan kepada iKON kerana pernah bernaung sebagai artis di bawah pengurusan ini. Kami optimis melihat peluang kerjasama di lapangan berbeza pada masa depan,” kata YG menerusi kenyataan akhbar.

Pihak pengurusan tersebut turut menyatakan penghargaan kepada kelab peminat yang memberikan sokongan jitu terhadap karier iKON selama ini.

“Kami juga mahu berterima kasih kepada iKONIC kerana menyokong perjalanan iKON selama ini.

“Kami harap peminat akan terus memberikan sokongan kepada semua anggota iKON yang akan memulakan langkah baharu. Terima kasih,” jelasnya. – Agensi

Kumpulan iKON memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dengan pihak pengurusan YG Entertainment selepas tujuh tahun bersama. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -