Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Kumpulan keempat warga Myanmar berlepas pulang

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Hasil kerjasama erat antara Kementerian Luar Myanmar dan kedutaannya di Kuala Lumpur dan Bandar Seri Begawan, lebih ramai warga Myanmar yang telah terkandas di Brunei dapat pulang ke tanah air hari ini.

    Kumpulan keempat warga Myanmar yang berlepas meninggalkan Brunei lewat petang tadi terdiri daripada mereka yang bekerja di negara ini dan telah menamatkan kontrak kerja.

    Penerbangan yang membawa warga Myanmar tersebut berlepas menuju Kuala Lumpur, Malaysia menaiki pesawat Penerbangan Diraja Brunei BI 873 dan akan meneruskan perjalanan ke Yangon esok menaiki pesawat Myanmar Airways International yang dikendalikan oleh kerajaan Myanmar.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) untuk mengucapkan selamat belayar ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Myanmar ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama U Htin Lynn.

    Tuan Yang Terutama turut menzahirkan kesyukuran dan penghargaan kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kebenaran perlanjutan keberadaan warga Myanmar di negara ini disebabkan kesukaran perjalanan rentas sempadan yang dihadapi semasa pandemik COVID-19.

    Semasa di lapangan terbang berkenaan, Tuan Yang Terutama turut menyampaikan cenderahati berupa makanan ringan, pelitup muka dan sanitasi tangan kepada warga Myanmar yang berlepas.

    TYT U Htin Lynn semasa berada di LTAB bagi menghantar warga Myanmar yang berlepas meninggalkan negara sekaligus menyampaikan cenderahati.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...