Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kumpulan kelima kontinjen negara berlepas ke Kemboja

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-32 bagi kumpulan kelima telah berlepas ke Phnom Penh,

    Kemboja pagi tadi yang terdiri daripada lima orang atlet e-sukan bersama seorang jurulatih dan empat orang atlet sukan fencing serta seorang jurulatih.

    Hadir bagi mengucapkan selamat jalan serta menyampaikan kata-kata nasihat kepada kontinjen negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Setiausaha Tetap (Kebeliaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Haji Zakaria bin Haji Serudin.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Pada temasya Sukan SEA ke-32 ini, Negara Brunei Darussalam akan menyer-tai 12 acara sukan yang melibatkan penyertaan sebanyak 65 orang atlet sukan akuatik, renang, olahraga, badminton, biliard dan snooker, e-sukan, fencing, karate, lumba berhalangan, pencak silat, petanque, angkat berat dan wusyu.

    Sementara itu, kumpulan terakhir kontinjen negara yang akan bertolak ke Phnom Penh, Kemboja ialah pada 11 Mei ini yang melibatkan dua orang atlet dan seorang jurulatih sukan angkat berat.

    Kumpulan kelima kontinjen Negara Brunei Darussalam bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...