Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan ketiga kontinjen negara berlepas ke Filipina

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Rombongan ketiga kontinjen negara seramai 40 orang yang terdiri daripada chef de mission, ketua urus setia, dua pegawai perhubungan, fisioterapi, pengurus, empat jurulatih dan 30 atlet telah berlepas hari ini ke Puerto Princesa, Republik Filipina bagi menyertai Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA ke-11.

    Hadir bagi mengucapkan selamat belayar ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan) selaku menjalankan tugas Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.

    Turut hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R Tirol Ignacio serta pegawai-pegawai kanan KKBS.

    Sebelum berlepas, bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Pegawai di Jabatan Belia dan Sukan, KKBS, Haji Ahmad Yaardy bin Haji Abdul Karim.

    Kontinjen negara yang menyertai sukan persahabatan itu dengan keramaian keseluruhan 53 orang diketuai oleh Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Pengiran Haji Mohamed Asran bin Pengiran Haji Mahmud selaku Chef de Mission kontinjen negara.

    Pengiran Haji Mohd Hasnan serta PYT Marian Jocelyn R Triol Ignacio dan kontinjen negara bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – GAMBAR SERAHAN KKBS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda