Kumpulan Kpop Solia bubar selepas 5 hari dilancar

Khabar mengejutkan daripada industri hiburan Korea Selatan apabila Solia menjadi antara kumpulan Kpop terpantas dibubarkan iaitu hanya selepas lima hari dilancarkan.

Pada 16 Ogos lalu kumpulan di bawah syarikat pengurusan Space Music Entertainment ini tampil dengan lagu debut pertama mereka berjudul Dream.

Mereka dianggotai lima gadis iaitu Soree, Hayeon, Suna, Soyeon, dan Eunbi.

Menerusi posting di Instagram rasmi Solia pada 22 Ogos, mereka meminta maaf kerana mengejutkan peminat dengan berita buruk itu.

Perkongsian itu menjelaskan tindakan pembubaran terpaksa diambil berikutan syarikat naungan tidak lagi mampu menguruskan mereka.

“Kami minta maaf kerana mengejutkan anda dengan berita buruk secara tiba-tiba.

“Pada masa ini syarikat tidak lagi mampu menguruskan kumpulan kami, Solia kerana keadaan mereka.

Kami telah berbincang panjang lebar dengan syarikat itu,” menurut kenyataan Solia. – Agensi

Kumpulan Solia terpaksa dibubarkan selepas lima hari muncul dengan single Dream. – Agensi