Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kumpulan Milimewah umum 20 pemenang cabutan bertuah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Seramai 20 orang pelanggan bertuah telah dipilih untuk memenangi hadiah berupa baucar membeli-belah bernilai $200 dan pulangan penuh bagi resit-resit pemenang dalam Kempen Cabutan Bertuah Berbelanja dan Menang tahunan dengan cabutan telah berlangsung di Jaya Centrepoint, Gadong, secara maya kelmarin.

    Acara cabutan yang telah ditayangkan secara langsung melalui akaun Facebook Kumpulan Milimewah itu adalah bagi penyertaan dari pertengahan Disember 2021 hingga penghujung Januari 2022, menurut kenyataan Kumpulan Milimewah.

    Pemilihan para pemenang bertuah berkenaan dilaksanakan oleh Pengarah Kumpulan Milimewah, Dayang Rosmahwati binti Haji Buntar; Pengurus Besar Kumpulan Milimewah, Cheong Hoy Loon dan Penolong Pengurus Besar Kumpulan Milimewah, Benny Ng Kok Wei.

    Setiap pemenang bertuah yang terpilih membawa pulang hadiah berupa baucar membeli-belah bernilai $200, pulangan penuh bagi resit pemenang serta satu JUMM Family Card setiap seorang di mana bagi cabutan bonus kali ini, sebanyak $1,023.98 dipulangkan kepada para pemenang.

    Kenyataan menyatakan bahawa Kumpulan Milimewah pada tahun ini akan mengadakan empat cabutan bonus dan satu cabutan hadiah utama di mana baucar membeli-belah bernilai keseluruhan $43,000 akan diberikan kepada seramai 110 orang pemenang bertuah di sepanjang kempen serta pulangan penuh bagi resit-resit yang menang semasa cabutan bonus berkenaan.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa para pelanggan hanya perlu membuat pembelian dan mengisi borang penyertaan di mana-mana cawangan terpilih mereka bermula sekarang hingga akhir Julai nanti. Ahli JUMM akan menerima dua kali penyertaan bagi setiap pembelian yang dibuat.

    Cabutan bonus seterusnya akan diadakan pada April dan cabutan utama akan diadakan pada 17 September nanti.

    Dayang Rosmahwati membuat cabutan semasa cabutan bonus yang diadakan di Jaya Centrepoint, Gadong, kelmarin. – Gambar serahan Milimewah Group
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...