Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kumpulan sarkas ajar kanak-kanak gapai impian

    DAKAR – Sosok langsing Marietou Thiam berpusing, melayang di udara dengan gelung, di bawah tatapan penonton yang terpesona di festival sarkas Dakar yang pertama.

    Thiam, 29, ialah pengarah artistik dan satu daripada dua ahli wanita Sencirk, kumpulan sarkas utama Senegal, yang menganjurkan festival itu.

    Dia berpindah ke Dakar untuk belajar Bahasa Inggeris tetapi pada usia 21 tahun meninggalkan pembelajaran itu untuk menyertai sarkas.

    “Saya membuat persembahan dalam banyak pertunjukan dan tiba saat di mana saya terpaksa memilih, saya tidak dapat meneruskan kedua-duanya,” katanya kepada AFP.

    “Sarkas adalah sesuatu yang paling saya suka, kerana ia mendekatkan saya dengan kanak-kanak… Saya berkata, ‘Saya telah menemui kerjaya saya’.”

    Adji Mbene Lam (tengah), akrobat dan ketua projek sosial syarikat Sencirk, memberikan kelas akrobatik di Rabec (Rangkaian Persatuan Kebajikan Masyarakat), yang menawarkan aktiviti kepada kanak-kanak jalanan di Dakar. – AFP
    Kumpulan Sencirk melakukan persembahan mereka di Festival Circus Senegal. – AFP
    Seorang akrobat daripada kumpulan Sencirk berlatih sebelum persembahan mereka di Festival Circus Senegal yang pertama di Dakar, Senegal. – AFP

    Keluarganya tidak pernah merestui keputusan itu. Tetapi apabila dia berada di atas pentas, Thiam tidak menyesalinya.

    Dia terpesona dengan pengalaman magis itu dan kepentingan misi Sencirk.

    Hal ini kerana syarikat sarkas itu juga berfungsi sebagai tempat belajar bagi anak-anak yatim dan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.

    Syarikat itu menawarkan mereka peluang untuk mempelajari kemahiran baharu, mencari semangat kemasyarakatan dan berseronok.

    Salah seorang guru, Malick Soumah, berkata Senncirk telah mengubah hidupnya.

    Lelaki berusia 30 tahun itu datang ke Senegal dari Guinea pada 2015 dan tinggal di jalanan sehingga dia terjumpa syarikat tersebut.

    Kini, melalui pengajaran, dia mampu menyewa sebuah pangsapuri di Ngor, sebuah kejiranan seperti kampung di Dakar.

    Pada petang Mei yang cerah di pantai Ngor, Malick melompat ke udara dan kelihatan seolah-olah dia akan terbang jauh, kakinya kelihatan menyentuh matahari yang cerah dan putih.

    Satu langkah akrobatik membawa kepada satu langkah lagi, dan tiba-tiba Malick membentuk piramid manusia bersama kumpulannya.

    Dia seorang artis dan juga seorang guru, berkongsi minatnya dengan kanak-kanak yang memerlukan, di mana kanak-kanak itu suatu hari nanti boleh mengambil alih tugas Malick dan Marietou.

    Tidak lama lagi giliran mereka untuk menaiki piramid dan mencapai kejayaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...