Oleh Haji Ahmad bin Haji Salim
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Bagi meraih keberkatan dan menyemarakkan lagi bulan Ramadan Mubarak ini, kumpulan WhatsApp Saudaraku Kampung Setia (SKS) mengadakan majlis bertadarus ke rumah-rumah ahli kumpulan tersebut.
Majlis pertama kali dilaksanakan tahun ini dimulakan di kediaman Profesor Madya Dr Haji Asbol bin Haji Mail di Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan.
Majlis bertadarus itu dihadiri 50 orang ahli kumpulan bersama keluarga mereka. Ia juga diserikan dengan majlis bertahlil dikhususkan kepada ahli-ahli keluarga penduduk Kampung Rangau dan Kampung Setia yang telah kembali ke rahmatullah dan dipimpin oleh salah seorang ahlinya, Haji Zulhilmi bin Haji Lakat.
Ia diteruskan dengan majlis bersungkai dan menunaikan sembahyang fardu Maghrib berjemaah.
