Kumpulan Suria meriahkan suasana pentas perayaan

Oleh Hazman HM

 

TUTONG – Acara persembahan pentas bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 71 tahun bagi Daerah Tutong telah dimeriahkan dengan persembahan nyanyian yang anjurkan oleh Kumpulan Suria.

Dengan menampilkan artis-artis tanah air remaja dan dewasa menyerikan lagi persembahan. Kumpulan Suria yang ditubuhkan pada tahun 2010 mempunyai penyanyi-penyanyi yang berasal dari tiga buah Daerah, Tutong, Belait dan Brunei Muara. Dengan nyanyian ramai, Lagu Dirgahayu bagi membuka acara pada malam tersebut.

Salah satu acara yang menghiburkan dan memikat hati pengunjung ialah acara Terimalah Sampul Surat (TSS) yang dikendalikan oleh Haji Musa Bin Haji Libut, Pengerusi bersama persembahan Kumpulan Suria dan Haji Bolhassan Bin Haji Abdul Rahman yang mana TSS ialah persembahan berbentuk teka-teki.

Antara persembahan menarik gabungan dari tiga daerah.
Antara persembahan menarik gabungan dari tiga daerah.

Hadir selaku tetamu kehormat pada persembahan tersebut ialah Awang Hassanal Hidayat Bin Haji Abu Bakar, Pengerusi bersama acara pentas persembahan malam dan isteri. Turut hadir adalah Yang DiPertua Majlis Belia Daerah Tutong, Awang Ahanapi bin Haji Mahadi.

Ketua Kumpulan Suria yang juga selaku pengerusi persembahan Kumpulan Suria, Haji Baharuddin bin Haji Bolhasan, berasa gembira dan bersyukur kerana dapat menganjurkan persembahan pada malam itu dan Insya Allah akan menjadikan persembahan seumpama itu sebagai acara tahunan bagi kumpulan tersebut.