Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Kumpulan Syarikat Perbadanan TAIB anjur Doa Selamat buat empat kakitangan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Empat individu berdedikasi dari Kumpulan Syarikat Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) yang akan menunaikan ibadah haji tahun ini telah diraikan pada Majlis Doa Selamat di Pejabat Pengurusan Korporat Perbadanan TAIB, di Airport Mall, Berakas.

    Empat individu itu merupakan kakitangan daripada Kumpulan Syarikat Perbadanan TAIB yang terdiri daripada Perbadanan TAIB, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITHSB), Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) dan TAIB Filling Station Sdn Bhd (TFSSB) akan memulakan perjalanan rohani mereka ke kota suci Mekah dan Madinah pada awal bulan ini.

    Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Urusan IITHSB dan Pemangku Pengarah Urusan DHSB bersama para pegawai dan kakita-ngan kumpulan syarikat itu.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian tanda penghargaan kepada empat bakal jemaah haji.

    Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat, memohon keberkatan Allah SWT untuk keselamatan dan kesejahteraan bakal jemaah haji sepanjang menunaikan ibadah haji.

    Kumpulan Syarikat Perbadanan TAIB komited untuk menyokong aspirasi kerohanian kakitangannya, mengiktiraf kepentingan ibadah haji sebagai kemuncak dalam kehidupan umat Islam.

    Dengan menganjurkan Majlis Doa Selamat sebagai tanda penghormatan itu, kumpulan syarikat tersebut menunjukkan dedikasinya untuk memupuk budaya prihatin dan perpaduan dalam kalangan pegawai dan kakitangannya.

    Datin Hajah Hasnah bergambar ramai bersama kakitangan yang bakal menunaikan haji. – Gambar serahan Perbadanan TAIB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...