Saturday, February 4, 2023
23.7 C
Brunei

-

Kumpulan Syarikat Serikandi anjur rumah terbuka

Oleh Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 16 Julai – Sempena bulan Syawal, Kumpulan Syarikat Serikandi telah menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya bersama rakan-rakan perniagaan dalam satu majlis yang berlangsung di Kafe dan Restoran Serikandi, di sini, hari ini.

Majlis tersebut telah didahulukan dengan doa yang dibacakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Serikandi, Shaikh Khalid bin Shaikh Haji Ahmad seterusnya menyampaikan ucapan alu-aluan selamat datang kepada tetamu majlis.

Di samping menceriakan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri, majlis tersebut juga diadakan bagi mengeratkan siraturahim dan ikatan kerjasama antara para pengusaha di daerah ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Ridzuan bin Haji Ahmad. Turut hadir ialah para pegawai dan kakitangan Syarikat BSP Sdn Bhd, Syarikat Brunei LNG Sdn Bhd, Syarikat Damit Worley Parsons Engineering Sdn Bhd, Syarikat Petrokon Utama Sdn Bhd, PTAS Group, Syarikat Suasana Mentari Engineering Services, QESS Sdn Bhd, Mozzat Enterprise Sdn Bhd, KBSentral Property, MOC Sdn Bhd, Velosi Sdn Bhd, Shika Sdn Bhd dan sebagainya.

Antara yang hadir di Majlis Hari Raya Kumpulan Syarikat Serikandi.
Antara yang hadir di Majlis Hari Raya Kumpulan Syarikat Serikandi.
Artikel sebelum iniBakayoko sah milik Chelsea
Artikel seterusnya16 maut dalam nahas bas
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -