Kumpulan tenaga, Centrica kurangkan 5,000 pekerjaan

LONDON, 11 JUN – Syarikat pembekal tenaga domestik Britain, Centrica akan mengurangkan 5,000 pekerjaan atau hampir satu perlima daripada tenaga kerjanya, ketika ia bertindak atas kesan sampingan pandemik koronavirus dan persaingan sengit, katanya hari ini.

Pemilik British Gas itu berkata dalam satu kenyataan bahawa keperluan bagi penstrukturan drastik – bertumpu pada menghentikan kakitangan kepimpinan, pengurusan dan korporat – telah dipercepatkan dengan kemerosotan permin-taan tenaga yang dicetuskan oleh wabak COVID-19.

Pengurangan kerja Centrica menyerupai langkah yang diambil oleh sektor ulung BP minggu ini, yang berkata akan mengurangkan kerja pejabat sekitar 10,000 selepas harga minyak merudum menjejaskan pengeluar tenaga di seluruh dunia.

Centrica berkata semua kerja yang dihentikan itu akan dilaksanakan tahun ini, dalam rombakan pertama oleh ketua eksekutif yang baharu dilantik, Chris O’Shea.

Kumpulan itu menggaji lebih 26,000 kakitangan di seluruh dunia.

BP baru-baru ini melantik Bernard Looney sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya yang mana beliau mengatakan pada Isnin lalu syarikat tenaga Britain itu berdepan tahap hutang yang tinggi.

Syarikat-syarikat telah mengurangkan ribuan kerja pejabat disebabkan mereka melihat landskap selepas koronavirus yang mana bekerja dari rumah dirasakan lebih sesuai. – AFP

Gambar fail 31 Julai 2008 menunjukkan dapur gas di London. Centrica berkata pada 11 Jun yang ia akan mengurangkan 5,000 pekerjaan akibat impak COVID-19. – AFP