Kumpulan umrah DHSB berlepas ke Jeddah

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Satu rombongan jemaah umrah yang mengikuti pakej Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) telah berlepas ke Jeddah, hari ini, sekali gus menandakan penerbangan kumpulan pertama jemaah umrah bagi tahun 1441H.

Ini akan disusuli dengan satu lagi kumpulan yang akan berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam pada 22 Oktober depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan DHSB, dengan visa umrah kini dibuka, Brunei Darussalam dijangka menyaksikan jumlah tetap keluarga-keluarga Brunei menjalankan ibadah umrah ke Mekah dan Madinah.

Disebabkan Oktober tidak berbetulan dengan cuti sekolah panjang di negara ini, ia menjadi tarikan bagi pelanggan kerana musim tidak sibuk bagi penerbangan sekali gus menjadikan pakej-pakej lebih mampu milik.

Ini, tambah kenyataan, memberi peluang menarik bagi DHSB untuk menawarkan pakej-pakej umrah kepada orang ramai.

Bagi November, rombongan pertama yang akan berlepas meninggalkan negara adalah pada 6 November.

Jemaah umrah bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke Jeddah.