Wednesday, June 7, 2023
27.9 C
Brunei

    -

    Kunjung-mengunjung meriahkan sambutan Raya

    Oleh Hajah Saemah Kepli

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Tradisi mengunjungi kediaman menteri-menteri kabinet Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dilakukan setiap tahun oleh Pengarah Syarikat Asia Enterprise (AE) Chai Yum Fatt bersama beberapa pengusaha tempatan, di sini, hari ini.

    Tahun ini, Chai Yum Fatt, meneruskan tradisi berkunjung Hari Raya ke kediaman beberapa orang menteri kabinet antaranya Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman; Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar; Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong serta yang lainnya.

    Menurut Chai Yum Fatt, mengunjungi menteri-menteri kabinet dan orang-orang kenamaan lain adalah sebagai penghormatan daripada mereka dan menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta mengeratkan silaturahim antara para peniaga Cina di negara ini dengan orang-orang kenamaan.

    Kunjungan Chai Yum Fatt ke kediaman Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar.
    Kunjungan Chai Yum Fatt ke kediaman Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar.
    Semasa kunjungan ke kediaman Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi.
    Semasa kunjungan ke kediaman Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi.
    Chai Yum Fatt bersama rakan-rakan semasa kunjungan ke kediaman Yang Berhormat Pehin Haji Mohammad Yasmin.
    Chai Yum Fatt bersama rakan-rakan semasa kunjungan ke kediaman Yang Berhormat Pehin Haji Mohammad Yasmin.
    Semasa kunjungan ke kediaman Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali.
    Semasa kunjungan ke kediaman Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali.

    “Kunjungan Hari Raya seperti ini dilakukan setiap tahun dan dijadikan sebagai aktiviti tahun kami dengan saya mengetuai rombongan setiap tahun,” kata Chai Yum Fatt.

    Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim Sungai Liang yang aktif, sempena sambutan Hari Raya ini, beliau dan rakan-rakan juga turut meluangkan masa mengunjungi kediaman penghulu dan ketua-ketua kampung serta ahli-ahli MPM/MPK di Daerah Belait dan juga rakan-rakan yang beragama Islam.

    “Tradisi kunjung-mengunjungi merupakan amalan yang mulia tanpa mengira agama dan bangsa kerana kita sebagai rakyat dan penduduk negara ini mesti saling hormat-menghormati. Tradisi kunjung mengunjung sudah menjadi signifikan dan amat penting bagi kita semua,” katanya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -