Kunjungan hormat panglima TDM

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, hari ini, telah me-nerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi.

Menurut kenyataan yang diberikan, semasa kunjungan hormat, pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan panglima Tentera Darat Malaysia dan rombongan ke Negara Brunei Darussalam.

Pemerintah ABDB merasa berbesar hati dengan jalinan dan hubungan dua hala di antara ABDB dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sangat rapat dan menghargai sumbangan ATM terhadap perkembangan ABDB melalui pertukaran lawatan, mesyuarat, eksesais dan latihan.

Turut hadir semasa kunjungan hormat berkenaan ialah ketua staf ABDB.

Pemerintah ABDB dan panglima Tentera Darat Malaysia bergambar ramai pada majlis kunjungan hormat itu.