Kunjungan Istana catat peningkatan

Oleh Pg Fairol RMF, Normazlina M.D & Lenna N.B.
Gambar Pg Fairol RMF, Normazlina M.D & Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Rekod kedatangan ke majlis istana terbuka tahun ini mencatat peningkatan berbanding tahun lepas apabila 102,660 orang berkunjung sejak Istana Nurul Iman dibukakan untuk kunjungan orang ramai pada Hari Raya kedua.

Pada hari terakhir, hari ini, seramai 30,309 orang menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja yang lain, dengan sebelah pagi mencatatkan 14,241 orang pengunjung dan seramai 16,068 orang lagi berkunjung pada sebelah petang.

Mengiringi Baginda Sultan untuk menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki pada sebelah pagi ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang lain.

Di ruang lain Istana Nurul Iman, berangkat mengiringi Baginda Raja Isteri untuk menerima junjung ziarah daripada pengunjung wanita ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Ameerah Wardatul Bolkiah.

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan cucunda-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja yang lain.

Baginda Sultan serta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah pada Hari Raya keempat di Istana Nurul Iman, kelmarin.
Baginda Sultan serta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah pada Hari Raya keempat di Istana Nurul Iman, kelmarin.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan serta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan serta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki.

1_306178_3061710_30617Pada sebelah petang, berangkat mengiringi Baginda Sultan bagi mene-rima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang lainnya.

Sementara itu di ruang lain istana, berangkat menerima junjung ziarah daripada para pengunjung wanita ialah YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; YTM Pengiran Anak Puteri ‘Ameerah Wardatul Bolkiah; YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain ketika berkenan menerima junjung ziarah pada Hari Raya keempat di Istana Nurul Iman, kelmarin.
Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain ketika berkenan menerima junjung ziarah pada Hari Raya keempat di Istana Nurul Iman, kelmarin.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung perempuan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung perempuan.
ATAS & BAWAH: Antara paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang berangkat sama menerima junjung ziarah di Istana Nurul Iman, semalam.
ATAS & BAWAH: Antara paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang berangkat sama menerima junjung ziarah di Istana Nurul Iman, semalam.

17_3061714_3061715_30617

ATAS & BAWAH: Antara kerabat diraja yang berangkat sama menerima junjung ziarah pada hari terakhir majlis istana terbuka, semalam.

20_30617ATAS & BAWAH: Antara kerabat diraja yang berangkat sama menerima junjung ziarah pada hari terakhir majlis istana terbuka, semalam.Majlis istana terbuka ini merupakan acara tahunan sempena meraikan Hari Raya yang dibukakan kepada orang ramai selama tiga hari berturut-turut dari Hari Raya kedua hingga Hari Raya keempat. Sementara itu, pada Hari Raya pertama pula, Istana Nurul Iman menerima junjung ziarah daripada orang-orang kenamaan dan diplomatik asing.

Majlis berkenaan merupakan peluang sekali setahun bagi seluruh penduduk negara ini tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersua muka dan seterusnya menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja lainnya.

Bukan rakyat dan penduduk negara ini sahaja yang mengambil kesempatan di majlis berkenaan malah pengunjung dari negeri jiran seperti Sabah dan Sarawak, Malaysia, pekerja asing serta pelancong luar negara turut mengambil peluang keemasan berkenaan berkunjung ke Istana Nurul Iman.

Sebelum menunggu giliran menjunjung ziarah, para pengunjung terlebih dahulu turut menikmati jamuan pelbagai hidangan yang disediakan.

Selesai junjung ziarah, para pengunjung diberikan buah tangan sebagai cenderamata kenangan sempena kunjungan mereka ke Istana Nurul Iman. 16_30617 24_30617 23_30617