Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Kunjungan Marcos ke S’pura saksi F1 cetus kritikan

    MANILA, 4 OKT – Kunjungan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr ke Singapura pada hujung minggu lalu untuk menyaksikan perlumbaan Formula Satu telah diserang oleh pengkritik yang menerangkannya sebagai ‘amat tidak berperasaan’ ketika ribuan rakyat Filipina dipindahkan akibat taufan baru-baru ini.

    Marcos Jr mengesahkan perjalanan ke Singapura bagi menyaksikan acara Grand Prix tersebut dalam satu kenyataan ringkas dan gambar yang diposkannya di Facebook pada malam Isnin, selepas kritikan online.

    “Mereka mengatakan bermain golf adalah cara terbaik meningkatkan perniagaan, tetapi bagi saya, ia adalah Formula 1,” kata Marcos Jr. “Hujung minggu yang produktif,” tambahnya.

    Menurutnya, beliau dijemput bersama perwakilan khas lain dan bertemu rakan perniagaan baharu yang bersedia melabur di Filipina, menambah bahawa dia akan menerangkan lebih lanjut mengenainya kemudian.

    Pada hujung minggu, laporan disebarkan di media mengenai kunjungan tidak rasmi Marcos Jr ke Singapura. Setiausaha media Marcos Jr tidak mengeluarkan pengesahan sehinggalah seorang pegawai Singapura mengeluarkan gambar Marcos Jr di laman Facebook negara itu. – AP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...